Selepas prestasi merosot pada Februari, kegiatan kilang di Singapura mencapai semula keseimbangan pada Mac, dibantu sektor elektronik yang menunjukkan prestasi terbaik sejak pertengahan 2022.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Singapura, iaitu kayu ukur sektor perkilangan, naik kepada 50.7 mata pada Mac, daripada 50.6 mata pada Februari, menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada 2 April.





