Pempengaruh media sosial dan pengusaha Sambal Nyet yang popular di Malaysia dan Singapura, Encik Khairul Aming, menarik perhatian dan pujian ramai selepas berkongsi video meraikan kakitangannya dengan menaja persiapan menyambut Aidilfitri.
Menerusi video yang dimuat naik di platform media sosial miliknya, Encik Khairul bukan saja membawa seramai 100 pekerjanya berbuka puasa istimewa di hotel, bahkan menaja perbelanjaan barangan dapur keluarga...





