KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil, meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, di media sosial.
Encik Fahmi berkata beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang...





