Suasana di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok berbeza sedikit pada Ahad, 24 Mac lalu. Masjid ini mengadakan acara Majlis Berbuka Puasa Harmoni dengan kerjasama beberapa badan akar umbi.
Badan-badan yang dimaksudkan itu ialah Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Bukit Batok East dan Persatuan Kebajikan Visi 21 (Vision 21 Welfare Society).





