Sinonim dengan Ramadan dan Aidilfitri ialah Tabung Amal Aidilfitri (TAA), yang ditubuhkan kira-kira 32 tahun lalu. Matlamat badan amal itu ialah mengumpul dana khususnya semasa Ramadan dan Syawal serta mengagihkan dana terkumpul kepada individu dan keluarga yang memerlukan.
Saban tahun, bantuan TAA diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan, secara telus dan teratur, termasuk dengan latar belakang penerima individu dan keluarga...





