PETALING JAYA: Sebuah kedai KK Super Mart di Kuching, Sarawak, dibaling ‘molotov cocktail’ pada 31 Mac, kejadian ketiga membabitkan rangkaian kedai serbaneka tersebut.
Ketua Polis Kuching, Encik Ahsmon Bajah, dalam satu kenyataan berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada pekerja kedai berkenaan yang terletak di Jalan Satok.





