KOTA KINABALU: Tindakan seorang penduduk di Kampung Gentisan, dekat Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah, mencuri kabel pencawang elektrik bukan sahaja menyebabkan dia melecur akibat terkena renjatan elektrik, bahkan seluruh kampung bergelap.
Akibat perbuatannya, lelaki itu kini dalam keadaan kritikal selepas melecur teruk akibat terkena renjatan ketika cuba mencuri kabel di pencawang milik Sabah Electricity (SESB) berhampiran kampung itu.





