Tertuduh dalam kes pengubahan wang haram, Su Haijin, pada 1 April menghadapi 12 tuduhan baru kerana dituduh bersubahat untuk menipu Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), serta memiliki sekitar S$3.8 juta daripada hasil jenayah.
Kertas tuduhan juga menunjukkan bahawa Su bersubahat untuk menyerahkan penyata kewangan palsu bagi syarikat Yihao Cyber Technologies, kepada beberapa institusi kewangan dan...





