Kelab Pondok Peranakan Gelam (PPGC), sebuah kumpulan bantu diri bagi masyarakat Bawean berjaya mengutip derma dalam bentuk barangan keperluan Hari Raya dan sumbangan berjumlah hampir $20,000 bagi Dana Kita Prihatin yang diusahakannya.
Hasil projek Dana Kita Prihatin itu, PPGC telah mengagihkan habuan bagi sambutan Hari Raya dan sumbangan wang tunai $150 kepada 30 ahlinya yang memerlukan pada 30 Mac.





