Selepas menghantar 40 tan makanan dan bantuan lain kepada mangsa krisis Gaza pada penghujung Mac, sebuah badan kebajikan Singapura berusaha mengumpul dana bagi bantuan selanjutnya di tengah-tengah kebimbangan kebuluran yang kian berleluasa di zon perang.
Dalam satu kenyataan media pada 30 Mac, Humanity Matters, sebuah kumpulan silang agama, berkata ia telah mengumpulkan 36 tan makanan ruji – bernilai AS$100,000 ($135,000)...





