Anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk memadamkan satu kebakaran pada awal pagi 28 Mac di premis sebuah syarikat kitar semula dan pengurusan sisa di Kranji.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan di Facebook bahawa ia menyahut panggilan mengenai satu kebakaran di 11 Kranji Crescent sekitar 2.25 pagi, dan mengerahkan 10 kenderaan kecemasan dan sekitar 50 kakitangan.





