DUBAI: Amalan berpuasa bukan sahaja memberikan ganjaran kerohanian, malah secara tidak langsung, memberikan kebaikan dari segi kesihatan. Perkara ini telah diakui oleh pakar-pakar kesihatan. Malah menurut mereka, puasa dapat mengawal kesihatan, mencegah penyakit serta menyembuhkannya.
Sekumpulan pakar sains kesihatan sebelum ini pernah membentangkan hasil kajian di Kongres Antarabangsa mengenai Kesihatan dan Ramadan di Casablanca, Maghribi. Sebanyak 50 kertas kerja dibentangkan...





