Seramai 100 wakil daripada persatuan pekerja, organisasi awam dan swasta telah berbuka puasa bersama dalam majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat (ECO) M³ pada 21 Mac.
Acara tersebut, Buka Bersama M³, bertujuan menghubungkan kakitangan daripada pelbagai persatuan pekerja dan organisasi demi menyediakan mereka dengan peluang sukarelawan sebagai relawan organisasi (organisational volunteers).





