Pengambilan kerja inklusif di Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan perkembangan menggalakkan dengan peningkatan dalam kadar pekerjaan bagi orang kurang upaya, kata Timbalan Ketua Eksekutif agensi yang menyokong golongan kurang upaya, SG Enable, Encik Ron Loh.
Menukil perangkaan pekerjaan terkini Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada 7 Februari 2024, Encik Loh berkata, data yang dikumpul antara 2022...





