KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya beragama Islam yang giat dengan kempen boikot rangkaian produk dari Israel, dikejutkan dengan laporan mengenai penjualan kurma dari negara itu di pasaran tempatan.
Ia susulan rampasan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ dipercayai dari Israel, dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Klang, Selangor, pada 13 Mac.





