Dana Masyarakat dan kumpulan sukarelawan Heartwarmers bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Wisma Geylang Serai (WGS) untuk membantu keluarga Melayu/Islam yang memerlukan.
Acara yang dinamakan Habuan Harapan Dana Masyarakat 2024 diadakan buat julung-julung kalinya sedang masyarakat Muslim di sini menyambut Ramadan.





