JAKARTA: Siaran televisyen tempatan menyiarkan berita mengenai ribuan umat Islam membanjiri masjid-masjid Muhammadiyah di sekitar Jakarta dan bandar-bandar besar di wilayah lain untuk menunaikan solat tarawih – sehari awal dari tarikh yang ditetapkan oleh pemerintah Indonesia.
Keputusan di Indonesia itu masih lagi menjadi tanda tanya dengan penetapan tanggal 1 Ramadan 1435 Hijrah kembali membingungkan kaum Muslim.





