Rangkaian pasar raya FairPrice akan mengagihkan lebih 60,000 set minuman dan makanan ringan, termasuk kurma percuma kepada pelanggan Islam, di 61 cawangan pasar raya itu di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.
Pemberian juadah berbuka itu akan diadakan dari 12 Mac hingga 9 April, sekitar 30 minit sebelum dan selepas waktu berbuka puasa, kata rangkaian pasar raya itu.





