Berakhir sudah Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Belanjawan 2024 di Parlimen pada 7 Mac.
Seramai 61 anggota Dewan saling bertukar pandangan sepanjang sembilan hari, selama 70 jam, mengenai belanjawan itu – dua setengah hari membahaskan kenyataan Belanjawan 2024 yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dan tujuh hari dalam perbahasan COS setiap kementerian.





