MELAKA: Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia diarah memperkukuh sistem keselamatan perkhidmatan digitalnya, THiJARI, selepas terdapat kes wang pendeposit lesap akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata TH sudah membuat laporan polis berkenaan kes membabitkan aplikasi THiJARI dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.





