Menjalin hubungan dengan lebih ramai rakan kerjasama adalah penting bagi Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis), demi mencapai hasrat mempertingkat daya usaha kebajikannya untuk disalur kepada lebih ramai anggota masyarakat.
Demikian dinyatakan Presiden baru Pertapis, Encik Mohamed Shaharin Mohamed Nordin ketika ditemui Berita Minggu (BM) dalam satu acara pembungkusan dan pengagihan habuan Ramadan kepada lebih 600 keluarga di Rumah Peralihan...





