Transformasi Berita Harian (BH) mendapat perhatian seorang Anggota Parlimen (AP) ketika perbahasan belanjawan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di Parlimen pada 1 Mac.
Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) berkata BH telah menunjukkan perkembangan menggalakkan sejak melalui transformasi, dan beliau bertanya bagaimana pemerintah boleh terus menyokong BH dalam usahanya membangunkan lebih banyak produk bahasa Melayu lebih bermutu.





