Pertubuhan bukan mencari untung dan perusahaan sosial bakal mempunyai ruang bagi membolehkan mereka memupuk kerjasama dan menggalakkan penglibatan sivik di Singapura menjelang akhir 2024.
Hab kolektif itu, yang akan dinamakan The Foundry, ditubuhkan dengan kerjasama badan amal berdaftar The Majurity Trust (TMT), Tote Board dan Pejabat Kerjasama Pemerintah Singapura (SGPO).





