PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh tunangnya dengan menyimbah petrol sehingga menyebabkan mangsa mati terbakar, terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan pada 29 Februari menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap Mohamed Hafiz...





