Singapura perlu bersedia untuk menangani kedua-dua ancaman tradisional serta ancaman baru, lantas membuat Pertahanan Mutlak perkara mustahak bagi Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) mengenai kepentingan Pertahanan Mutlak dalam konteks semasa sempena ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak, Encik Zaqy berkata sedang Singapura menikmati keamanan, ia perlu bersedia menangani...





