Kesabaran dalam menghadapi segala ujian menjadi kunci hidup bagi mahasiswa, Encik Alfawzul Kabir Mohamad Faizal, 20 tahun. Penuntut tahun kedua di Universiti Al-Azhar di Mesir dalam jurusan Teologi Islam itu bercita-cita untuk mendalami jurusan Akidah Falsafah.
“Memang sudah menjadi matlamat saya untuk melanjutkan pelajaran saya di sini. Ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk terus berbakti kepada masyarakat,” kata graduan...





