Isu-isu berkaitan pembangunan tenaga kerja melalui peningkatan kemahiran serta bantuan pemerintah bagi golongan kurang bernasib baik, telah disuarakan beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam di hari kedua sidang Parlimen pada 27 Februari.
Dalam ucapannya, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) menyambut baik pemberian Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka) untuk keluarga yang layak agar mereka dapat menyewa flat...





