Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 28 tahun maut pada 21 Februari, dalam satu kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta.
Ketika dihubungi, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kemalangan di Ekspreswe Seletar (SLE) yang menuju ke Ekspreswe Central (CTE), sebelum susur keluar Woodlands Avenue 12, sekitar 6.20 petang.





