NEW YORK: Amerika Syarikat sekali lagi menghalang usul ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menggunakan kuasa vetonya pada 20 Februari, sekali gus menghalang desakan untuk dilaksanakan gencatan senjata kemanusiaan segera.
Sebaliknya, negara itu mendorong Majlis Keselamatan yang mempunyai 15 anggota untuk mewujudkan gencatan senjata sementara, yang dikaitkan dengan pembebasan tebusan yang ditahan kumpulan Hamas.





