JOHOR BAHRU: Jumlah kumulatif kes denggi di Johor mencatatkan peningkatan 157 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) ke 07/2024 dengan 2,555 kes direkodkan, berbanding 994 kes bagi tempoh sama pada 2023.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata daripada jumlah kes dilaporkan sebanyak 966 kes dari lokaliti wabak dan 1,589 kes dari lokaliti bukan wabak.





