Selain mengatasi kebimbangan rakyat Singapura tentang peningkatan kos sara hidup, Belanjawan 2024 menetapkan asas lebih kukuh bagi negara ini apabila ia memasuki fasa pembangunan seterusnya, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Encik Lee berkata walaupun Singapura telah mengatasi pandemik Covid-19, ia perlu membuat persediaan mencukupi untuk menghadapi cabaran lain pada masa hadapan.





