Pertahanan Mutlak telah memainkan peranan dalam memastikan Singapura kekal selamat dan membimbing rakyat mengharungi pelbagai cabaran, termasuk pengganasan, krisis kewangan dan pandemik, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Dengan kerjasama rakyat Singapura dalam memainkan peranan dan sentiasa bersatu, negara ini berjaya mengatasi cabaran tersebut dan muncul lebih kuat, tambah beliau.





