Seorang pengarah sebuah firma khidmat pelantar minyak, Andrew Fatipah, didakwa gagal mengawasi dengan betul ketika memandu kereta sehingga menyebabkan pemandu bas awam menekan brek serta-merta untuk mengelak perlanggaran daripada berlaku.
Kesalahan Fatipah dikatakan menyebabkan kecederaan serius kepada Encik Siah Keok Tiang, 68 tahun, selepas beliau terjatuh dari tempat duduknya di dalam bas pada 8 September 2021, lapor akhbar The Straits...





