Sehari selepas menyertai kelab eksklusif 100 penampilan untuk Singapura, pemain bola jaring negara, Aqilah Andin, melabuhkan tirai kerjaya penuh persaingan dalam gelanggang antarabangsa.
Naib kapten pasukan nasional itu mengumumkan persaraannya daripada skuad bola jaring negara selepas Singapura mengakhiri siri tiga perlawanan persahabatan menentang musuh tradisi, Malaysia, di Our Tampines Hub (OTH) pada 18 Februari.





