JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang membuat persiapan terakhir menjelang pilihan raya pada 14 Februari, dengan kira-kira 25,000 anggota polis dikerahkan untuk memastikan keselamatan acara demokrasi itu.
Hampir 205 juta pengundi berdaftar untuk mengundi dan memilih tiga calon presiden bagi menggantikan Presiden Joko Widodo (dikenali juga dengan panggilan Jokowi) yang bakal tamat tempoh penggal presidennya tahun ini.





