WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan Raja Abdullah dari Jordan, mengekalkan tekanan bagi gencatan senjata Israel-Hamas di Jaluran Gaza ketika ancaman serangan darat Israel memuncak di Rafah.
Pegawai kanan dari Amerika, Mesir, Israel dan Qatar dijangka bertemu di Kahirah untuk mengusahakan rangka kerja tiga fasa yang akan menyaksikan pembebasan tebusan dan mencapai gencatan senjata yang berpanjangan, kata sumber...





