Sejak beberapa minggu lalu, Shannon Tan amat sibuk selepas menjadi pemain golf Singapura pertama yang layak ke Jelajah Eropah Wanita (LET) pada Disember.
Selepas memutuskan untuk menjadi pemain profesional, remaja berusia 19 tahun itu kembali ke Universiti Teknologi Texas di Amerika Syarikat, tempat beliau menerima biasiswa sukan, untuk mengemas barangnya dan berhenti mengikuti pengajian di universiti itu.





