PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan syarikat pengedar jentera pertanian direman tiga hari sehingga 8 Februari kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah membabitkan projek pembekalan, penghantaran, pengujian dan pemasangan traktor bernilai lebih RM25 juta ($7.06 juta).
Perintah reman terhadap suspek berusia 50-an tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya...





