Beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio), membangkitkan kebimbangan dan menggesa lebih banyak sokongan kesihatan mental bagi warga emas.
Ini termasuk menggalakkan masyarakat supaya mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yang betul tentang keadaan kesihatan mental dan mengukuhkan rangkaian sokongan tidak formal dalam masyarakat.





