Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kini akan diperkasa untuk menubuhkan wakafnya sendiri setelah pindaan Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) yang dibahaskan di Parlimen telah diluluskan dewan yang bersidang pada 5 Februari.
Pertubuhan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) akan membolehkan lebih ramai individu mewakafkan aset mereka bagi generasi akan datang dan bagi masyarakat Islam Singapura kekal berdikari dari segi kewangan...





