Masalah kesihatan yang melanda beberapa ahli kumpulan wanita K-Pop, (G)I-dle, silih berganti menyebabkan promosi album terbaru kumpulan itu, 2, turut terjejas, lapor laman The Korea Herald.
Shuhua dari kumpulan (G)I-dle dilaporkan terpaksa berehat daripada aktiviti kumpulan berkenaan kerana keadaan kesihatannya yang membimbangkan, jelas jurucakap pihak pengurusannya, Cube Entertainment.





