Lee Dong-wook, pelakon yang digemari ramai di Korea Selatan dan terkenal kerana peranannya dalam drama The Tale of the Nine-Tailed dan Guardian: The Lonely and Great God, kini dilibatkan dalam siri drama baru.
Siri drama karya asli untuk wadah penstriman Disney+ itu berjudul A Shop for Killers. Ia sarat aksi dan menampilkan Lee, 42 tahun, sebagai Jung Jin-man, bekas tentera...





