YANGON: Pemerintah tentera Myanmar pada 31 Januari melanjutkan keadaan darurat sejak rampasan kuasa 2021, ketika junta itu berjuang untuk membendung pemberontakan berdarah prodemokrasi yang telah menguji keupayaannya untuk memerintah.
Ketua Junta Min Aung Hlaing menganggap perlu melanjutkan pemerintahan darurat selama enam bulan lagi untuk melaksanakan tugas yang diperlukan “untuk membawa negara ke keadaan normal kestabilan dan keamanan”, media kendalian tentera...





