Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan kenyataan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari, mulai 3.30 petang.
Kementerian Kewangan (MOF), unit maklum balas pemerintah Reach dan Persatuan Rakyat (PA), dalam satu kenyataan bersama pada 1 Februari, berkata Belanjawan akan disiarkan secara langsung di saluran TV percuma dan media tempatan seperti Channel 5 dan meWATCH.





