JAKARTA: Penguasa Ibu Kota Nusantara (OIKN) menyatakan kemajuan fasa satu pembangunan ibu kota baru Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur, telah mencapai 71.47 peratus.
Ini berdasarkan data Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR) berhubung pembinaan fasa satu yang dimulakan sebelum 2023, kata Ketua OIKN, Encik Bambang Susantono, di Jakarta pada 30 Januari.





