Singapura berjaya menarik pelaburan tetap bernilai $12.7 bilion pada 2023, iaitu kemerosotan sehingga 44 peratus daripada pelaburan rekod sebanyak $22.5 bilion pada 2022.
Namun, perangkaan ini melebihi matlamat jangka masa pertengahan hingga panjang, sekali gus memberi bayangan bahawa walaupun menghadapi cabaran sejagat, masih terdapat keyakinan dalam pasaran di sini, kata Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada 30 Januari.





