LONDON: Enam negara Eropah menghentikan sementara pembiayaan untuk Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi pelarian Palestin berikutan dakwaan beberapa kakitangan agensi itu terbabit dalam serangan pada 7 Oktober lalu ke atas Israel.
Britain, Jerman, Italy, Belanda, Switzerland dan Finland menyertai Amerika Syarikat, Australia dan Canada dalam menghentikan sementara pembiayaan sumber sokongan kritikal untuk penduduk di Gaza,...





