Tambahan $40 juta yang akan dibelanjakan untuk melanjutkan penggunaan sistem berasaskan kad sehingga 2030 akan digunakan untuk membeli perkakasan baru dan untuk menyelenggara dan mengendalikan sistem tersebut, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.
Anggaran kos ini, yang diperlukan untuk membolehkan sistem berasaskan kad seperti kad ez-link lama dan Nets FlashPay dapat berjalan serentak dengan sistem SimplyGo, juga akan ditanggung...





