KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memperdaya bendahari satu masjid di Ampang untuk menyerahkan buku cek.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya (AC) Mohd Azam Ismail, berkata suspek ditahan kira-kira 1.35 petang 23 Januari susulan laporan diterima daripada mangsa mengenai kejadian yang dilaporkan berlaku pada petang 19 Januari lalu...





