Semua cawangan DBS, bank terbesar di sini, yang dikendalikan kakitangan mereka akan diiktiraf dengan Pensijilan Green Mark Platinum oleh Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) sebelum akhir 2024, menurut kenyataan bank tersebut pada 24 Januari.
Piawaian Pensijilan Green Mark Platinum ialah penarafan utama di bawah Green Mark BCA – satu skim pensijilan bangunan hijau yang diiktiraf antarabangsa.





